
About the company
Ditubuhkan pada Disember 2015, bermula sebagai pengurus hartanah pihak ketiga (subletter), syarikat mengenalpasti masalah dalam dunia pelaburan hartanah bukan sahaja tentang ilmu, tetapi pelabur lebih terdedah dengan pengurusan hartanah tidak terancang yang mengakibatkan pelabur terjerat dalam pelaburan hartanah.
Dengan barisan pasukan yang berpengalaman, syarikat membantu menguruskan segala aspek yang diperlukan oleh pelabur hartanah untuk memastikan pelaburan yang dilakukan kurang risiko dan tidak terperangkap dengan janji manis pulangan lumayan yang digembar-geburkan dalam dunia pelaburan hartanah.
Realitinya, dunia pelaburan hartanah bukan semudah yang didengar. Sebagai pelabur baru atau lama, mereka perlu sedar. Oleh itu, kami beri pendedahan, kesedaran dan baik pulih pelan pelaburan yang gagal dengan bimbingan berterusan sehingga pelabur mampu kembangkan portfolio kewangan mereka dengan ilmu dan kemahiran yang mereka dapat.